14 September 2015

IMPIAN VANIDAH IMRAN GENGGAM IJAZAH TERCAPAI



Sebelum ini suaminya, Rashidi Ishak menerima ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM), kini giliran Vanidah Imran pula memperoleh ijazah.

Difahamkan, Vanidah menerima ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris pada majlis konvokesyen ke-17, Universiti Terbuka Malaysia yang berlangsung sejak kelmarin hingga 15 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Vanidah Imran menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,500 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen universiti berkenaan.

Klik gambar untuks size besar




Jika selama ini beliau hanya menyarung jubah konvokesyen dan menggenggam ijazah atas paksi bergelar pelakon, hari ini semua itu menjadi kenyataan di alam realiti. Ia bukan sekadar lakonan lagi.

Lebih istimewa detik indah dan bersejarah itu turut disaksikan suami tercinta, Rashidi Ishak dan dua anak mereka, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika.

Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 itu memulakan pengajian sejak 2010 dan menamatkannya tahun lalu. Vanidah menuntut di cawangan universiti berkenaan di Petaling Jaya.



"Bapa saya selalu menekankan yang dunia pendidikan ini sangat penting. Cuma pada beberapa peringkat hidup, saya terpaksa menangguhkan keinginan itu. Ikutkan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia saya ada mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di London tetapi saya menolaknya.

"Tapi tak sangka kini saya masih berpeluang menamatkan pengajian dalam bidang yang hampir sama. Selama ini saya selalu cakap dalam diri yang suatu hari nanti saya akan dapat menggenggam ijazah dan ia akhirnya jadi kenyataan.

"Alhamdulillah, empat tahun berjuang untuk pengajian ini bukanlah tempoh mudah. Saya bergelut sebagai pelajar sambilan dan pada masa yang sama bergelar ibu, isteri dan wanita berkerjaya," ujar Vanidah dipetik sebagai berkata.

Menurut Vanidah yang pernah memikul mandat sebagai pengacara Nona di TV3, bapanya hingga saat ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.

"Pada satu tahap saya melihat kehidupan saya sebagai anak seni melalui rutin yang sama. Saya pergi ke lokasi penggambaran dan kemudian balik. Saya melakukan rutin yang sama saban tahun. Daripada situ saya memulakan sesuatu yang lain dan saya nekad untuk sambung belajar. Asalnya saya mahu belajar dalam bidang persembahan seni tetapi atas beberapa sebab akhirnya saya memilih Bahasa Inggeris," jelasnya.

Klik link dibawah ini untuk toton video

VIDEO


Sumber: BH



         ________________________




No comments: