07 September 2015

MASALAH RUMAH TANGGA BELUM SELESAI - EZANY NIZARIFF 12 KALI TURUN NAIK MAHKAMAH



Krisis rumah tangga Ezany Nizariff dan isterinya, Lizda Nuriyanti sudah hampir setahun dan masih lagi belum bertemu dengan jalan penyelesaiannya.

Sikap isterinya yang membuat keputusan untuk terus lari daripada muka pengadilan membuatkan Ezany bingung kerana beliau sebenarnya sudah 12 kali turun naik mahkamah.

"Rasanya sejak kes tersebut heboh diperkatakan saya sudah 12 kali turun naik Mahkamah Syariah. Tapi hanya pihak saya sahaja yang hadir tanpa kehadiran pihak di sana (isteri).

Klik gambar untuk size besar




"Tapi sampai bila nak menyorok? Waran tangkap pun sudah dikeluarkan ke atasnya dan lambat-laun dia perlu hadir juga ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah kami," ujar Ezany dipetiki sebagai berkata.

Menurut Ezany, beliau juga hampir ditahan oleh pihak polis apabila Lizda telah membuat laporan polis dan menuduh beliau mencuri sebuah kereta.

Malah, isteri beliau memanfaatkan situasi tersebut dan telah merampas serta membawa pergi anak bongsu mereka. Sehingga kini, Ezany tidak pernah lagi bertemu atau mengetahui perkembangan terkini tentang anak bongsunya itu.



Dalam pada itu, Ezany meminta isternya tidak terus lari daripada masalah. Pada masa yang sama, Ezany menegaskan beliau akan menuntut hak penjagaan anak mereka.

"Sebab itu saya nak minta dia (isteri) tampil ke mahkamah dan selesaikan masalah ini. Melarikan diri tidak menyelesaikan apa-apa masalah pun sebenarnya. Saya tetap akan tuntut hak penjagaan anak menggunakan saluran yang betul. Itu sahaja yang saya fikirkan buat masa ini," jelasnya.

Rumah tangga Ezany retak apabila isterinya berlaku curang dengan lelaki lain dan aktor tersebut turut menjumpai bukti isteri beliau sememangnya sedang menjalinkan hubungan sulit.

Untuk rekod, Ezany dan Lizda bernikah pada tahun 2007 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan Harraz, 4, dan Hayden Harraz, 2.



         ________________________




No comments: