21 September 2015

NAS ADILA BAKAL BERKAHWIN DENGAN ALIFF DISEMBER INI



Jika sebelum ini, Nas Adila pernah digosipkan dengan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, terkini bekas Akademi Fantasia musim ke-7 akhirnya akur dengan jodoh dengan lelaki yang cukup akrab di sisinya iaitu Aliff Razali pun seorang bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6.

Aliff mengotakan kata-katanya seperti temubual yang pernah dilakukannya bersama Allahyarham Mama Juwie tahun lalu untuk mengahwini Nas Adila pada tahun ini.

Kenal lebih enam tahun, mereka kemudiannya menjalin percintaan tiga tahun selepas itu. Dalam tempoh percintaan itu, hubungan mereka pernah putus seketika dan kini ia bertaut kembali.

Klik gambar untuk size besar




Pasangan ini akan bernikah dan bersanding pada 12 Disember hadapan. Mereka bernikah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi tarikh berkenaan dan bersanding pada petang hari sama, di Kompleks Finas. Insya-Allah kedua-duanya merancang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia.

"Insya-Allah, jodoh kami kuat. Perpisahan seketika sebelum ini buat kami jadi lebih matang dan positif. Ia buat kami berdua jadi kuat untuk mengharungi kehidupan bersama. Persiapan sedang dilakukan saat ini dan perbincangan mengenai konsep perkahwinan akan dilakukan bulan hadapan.



"Ikut hati nak konsep sanding ala dalam taman dan lokasi di Kompleks Finas itu sedikit sebanyak boleh merealisasikan apa yang saya ingini sekalipun tak boleh secara total," ujarnya dipetik sebagi berkata.

Difahamkan, dalam majlis nikah nanti Nas Adila akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Aliff. Pihak Aliff juga akan menyerahkan wang hantaran berjumlah RM25,000.

Majlis mereka juga akan mendapat tajaan daripada barisan penaja seperti Ari Weddingcouture (baju sanding), Anas Abdullah (baju nikah), Sri Lagenda Bridal (konsultan majlis perkahwinan), Adika Series, Adeyna, Eryn Cosmetic, Ekin Amri (jurusolek) dan Mazzjeffri dari Romancinta Bridal.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: