Jika sebelum ini, Nurul Wahad atau sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab, 37, telah berkongsi mesej berbaur lucah di laman Instagram sehingga menimbulkan reaksi ramai pihak malah ada mengkritik tindakannya itu, terkini Nurul menjelaskan yang beliau ada alasan tersendiri berbuat demikian.
"Tujuan utama saya memuat naik mesej berbaur lucah itu bagi memberi amaran kepada individu terbabit untuk menghentikan perbuatan tidak bermoralnya. Malah, ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan situasi begini.
"Saya berjaya menghentikan tindakan terkutuk individu terbabit dengan berkongsi mesej itu di laman sosial. Namun, sebaliknya saya pula dikutuk kerana membuat pendedahan berkenaan.
Klik gambar untuk size besar
"Ada sesetengah individu terlalu cepat mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa. Apa saja dikongsikan artis dijadikan bahan jenaka dan diperlekehkan walaupun ia adalah perkara serius.
"Saya juga manusia biasa seperti orang lain yang punya hati dan perasaan. Tidak salah menegur cuma kadang kala tidak kena pada tempatnya. Kita bukan maksum untuk menilai dan mencari kesalahan orang sesuka hati," ujar Nurul dipetik sebagai berkata.
Tambah Nourul, ada segelintir pihak menganggap artis boleh dilemparkan pelbagai komen negatif tanpa rasa bersalah. Beliau bersuara bagi menegakkan haknya yang dihakimi tanpa sebab munasabah.
Sumber: BH
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment