29 September 2015

"SAYA BERJANJI TAK AKAN BELI KEK SECRET RECIPE" - ABBY ABADI



Baru-baru ini, Abby Abadi telah membeli kek dari restoran Secret Recipe bagi menyambut hari lahir anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa Dania.

Tetapi kek tersebut merupakan kali terakhir Abby membelinya kerana dia meragui status halalnya.

Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.

Klik gambar untuk size besar




Disebabkan keraguan tersebut, kami menyangka Abby akan membuang kek tersebut rupanya dia tetap menghidangkan kek itu untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran anak-anaknya.

Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal.



Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.

Mungkin selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat memastikan kesemua bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat kek, kan? Sejam saja dah siap.

Atau pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang bertebaran di Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup masa, majlis sambutan boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada syak dan was-was, ya tak?







         ________________________




No comments: