29 September 2015

"MANA ADA ORANG KETIGA" - YATT HAMZAH



Rumah tangga Yatt Hamzah dengan Abdul Mutalib yang sebelum ini kelihatan seperti dapat dipertahankan apabila Yatt menarik balik permohonan cerai namun perkara tersebut tidak dapat dielakkan juga akhirnya apabila mereka sah bercerai talak satu pada Ogos lalu.

Malah khabar angin yang mendakwa punca perpisahan pasangan ini adalah berasal daripada kehadiran orang ketiga turut tersebar.

"Tidak. Saya sangkal sama sekali (khabar angin). Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul. Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus. Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar.

Klik gambar untuk size besar




"Cerita yang dikhabarkan itu bukan punca perpisahan kami. Sebagaimana yang berlaku antara saya dan bekas suami biarlah menjadi rahsia di antara kami dan Allah. Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib kepada saya dan bekas suami.

"Saya tetap sama seperti dulu. Saya tetap manusia biasa yang membuat kesilapan. Sekiranya saya melakukan perkara yang nampak tidak sesuai untuk saya lakukan pada ketika ini, tegurlah saya. Tetapi teguran itu perlu kena pada masa tempat dan caranya. Tegurlah secara membina, bukan menghancurkan," ujar Yatt dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Yatt juga memberitahu bahawa hubungannya dia dan juga bekas suaminya masih lagi baik dan mereka kini bergilir-gilir menjaga anak.





         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...