29 September 2015

"HUBUNGAN CINTA SAYA DENGAN GAYATRI SEMAKIN ERAT" - ZUL ARIFFIN



Hanya kerana terserempak bersama pelakon Zahirah MacWilson baru-baru ini, Zul Ariffin menjelaskan perkara tersebut tidak mengganggu hubungannya bersama kekasih, Gayatri Su-Lin Pillai selain menjelaskan bahawa Gayatri memahami kerjayanya sebagai pelakon.

"Sebenarnya, kami (Zul dan Zahirah) tiada sebarang hubungan istimewa pun. Baru-baru ini, saya hanya terserempak dengan dia secara kebetulan di One Utama, ketika saya baru keluar dari sebuah gimnasium. Saya kenal dia, jadi saya tegurlah. Bagi saya itu bukan satu kesalahan”

Klik gambar untuk size besar




"Saya malas mengambil berat hal remeh-temeh sebegitu. Tetapi saya sedar, sebagai artis, segala tingkah laku saya akan menjadi perhatian ramai. Jadi, selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Dia (Gayatri) lebih tahu siapa saya sebenarnya. Dia faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan hubungan kami baik-baik sahaja," jelasnya.

Selain itu, Zul juga memberitahu bahawa dia dan kekasih juga sudah mempunyai perancangan yang lebih serius malah segalanya berjalan dengan baik. Setelah hampir empat tahun bersama, Zul juga mengakui hubungan mereka semakin erat selain memohon peminat mendokan yang terbaik buat mereka.





         ________________________




No comments: