28 September 2015

TANGGUH KERANA AYAH MENINGGAL - MAJLIS RESEPSI MIMI ONE DIADAKAN 7 NOVEMBER INI



Umum sedia maklum bagaimana penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 28, telah bernikah awal iaitu pada 16 Mei lalu bagi memenuhi permintaan ayahnya, Norhisham Nasir yang menghidap penyakit barah hati.

Bagaimanapun, takdir Allah SWT tiada siapa yang menyangka apabila ayahnya itu akhirnya meninggal dunia 12 hari kemudian selepas menikahkan mereka.

Malah gara-gara kisah sedih itu, gambar majlis tunang dan resepsi Mimi dan pasangannya Muhamad Firdaus Ibnil Hajar tidak pernah dikongsikan secara rasmi untuk tatapan umum.

Klik gambar untuk size besar




Terkini, menerusi media Mimi akhirnya telah berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangannya dengan Firdaus yang telah berlangsung tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dirahsiakan lokasinya.

Ikhlasnya, Mimi kelihatan anggun menggayakan busana berwarna putih ketika disarungkan cincin oleh ibu Firdaus.

Selepas ini, mereka merancang mengadakan majlis resepsi di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor pada 7 November ini secara terbuka pula.

Nampaknya, rindu peminat untuk melihat gambar tunang dan majlis resepsi Mimi terubat jua. Tahniah diucapkan!






Sumber: BH



         ________________________




No comments: