07 October 2015

15 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS RESEPSI GJIE 6IXTH SENSE & BELLA



Majlis resepsi pemain gitar utama kumpulan 6ixth Sense iaitu Gjie atau Mohd Faiz Azizi Arlis, 30, dan pasangan Bella atau nama sebenarnya Farah Nabila Selamat, 23, telah diadakan di Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur Ahad lalu.

Untuk pengetahuan semua, Gjie dan Bella dinikahkan di hadapan keluarga dan sanak saudara pada 15 Ogos lalu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu Gjie menyerahkan Bella mas kahwin sebanyak RM158.15, wang hantaran RM10,000 dan hantaran tujuh dulang berbalas lima yang terdiri daripada beg tangan, gopro, cincin, gelang, minyak wangi serta kasut.

Klik gambar untuk size besar




Berkongsi kisah cintanya dengan Bella, Gjie berkata, dia sudah mengenali isterinya itu sejak empat tahun lalu.

"Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di ASWARA. Dia junior saya. Ketika itu kami hanya berkawan biasa.

"Kebetulan dia sering ikut ke mana-mana 6ixth Sense mengadakan persembahan. Sejak itu kami semakin rapat," ujar Gjie dipetik sebagai berkata.



Jelas Gjie lagi, bertugas sebagai penulis kreatif menjadikan Bella lebih memahami waktu kerjanya yang tidak menentu.

"Sehingga kini sikapnya masih sama. Langsung tidak menunjukkan rasa cemburu jika saya perlu ke sana-sini menjayakan persembahan.

"Sikapnya itu membuatkan saya selesa dan tidak perlu bimbang. Mungkin juga kerana dia percaya dengan apa yang saya lakukan," jelasnya.



Sibuk dengan penghasilan single 6ixth Sense yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Gjie juga baru selesai menghabiskan siri jelajah promosi album bersama Akim & The Majistret.

Justeru, kesibukan itu belum memberi peluang buat Gjie memikirkan destinasi bulan madu bersama isteri.

"Jadual saya terlalu padat. Sebulan lepas bernikah saya sibuk dengan jelajah promosi album Potret. Syukur isteri memahami dan tidak mengeluh.

"Insya-Allah jika semuanya selesai, saya dan isteri merancang berbulan madu di Bali atau Bandung, Indonesia," katanya.


























Sumber: myMetro



         ________________________




No comments: