26 October 2015

ADEGAN SAYA TAMPAR KAMAL HANYA GIMIK IKLAN MINUMAN KOLA - EMMA MAEMBONG



Sebelum ini, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 23, terpaksa berhadapan dengan kritikan hebat daripada peminat di laman sosial miliknya gara-gara video dia menampar aktor Kamal Adli yang menjadi viral sejak minggu lalu.





Rentetan itu ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan istimewa mereka sudah berakhir.

Bagaimanapun semua itu hanya sebahagian gimik iklan produk minuman berperisa kola, Est Cola di bawah jenama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd.

"Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar.



"Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar," ujar Emma dipetik sebagai berkata.

Emma berkata, sejak memberi izin sedutan iklan itu diviralkan, Emma sedar kemungkinan kesannya lebih kepada negatif.

"Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan.



"Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.

"Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar," jelasnya.

Sementara itu, Kamal berkata, dia berasa kasihan kepada Emma kerana kesan daripada penyebaran video tersebut lebih kepada wanita berkenaan kerana peminat tertanya-tanya motif tamparan dibuat kepadanya.

Bagaimanapun kata Kamal, Emma sejak awal sudah maklum ia berkaitan dengan kerja dan terpaksa menutup mulutnya daripada menceritakan hal sebenar kepada peminat yang bertanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemasaran Jenama F&N Beverages, Jenny Wong pula berkata, pemilihan Emma dan Kamal sebagai duta kempen produk berkenaan dibuat berdasarkan keserasian dan populariti mereka ketika ini.



         ________________________




No comments: