01 October 2015

AKUI BUAT TATU - AMMAR ALFIAN KINI MENYESAL



Pelakon Ammar Alfian atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 28, akui dirinya membuat tatu selepas kecewa akibat putus cinta dengan Puteri Sarah beberapa tahun lalu.

Kini Ammar akhirnya menyesali perbuatan lampaunya iaitu melakar tatu dari paras dada sehingga ke lengan bahagian kanan badannya.

"Bagaimanapun saya menyesal dan ia satu kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini," ujar Ammar dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakannya yang menayangkan tatunya secara terbuka di Instagram, Ammar berkata, dia tidak mahu berpura-pura dengan peminatnya.

Jelas Ammar lagi, tindakannya itu bukan bererti dia seorang yang jahat dan hanya ingin menjadi dirinya sendiri.

"Bukan ingin menunjuk-nunjuk atau pun tidak peka terhadap keadaan sekeliling tetapi tidak mahu berpura-pura.



"Ia juga bukan bererti saya seorang yang jahat hanya kerana bertatu," jelasnya.

Sementara itu, Ammar berkata, dia berhasrat untuk membuang tatu berkenaan tetapi dia bimbang ia akan meninggalkan parut.

Bagaimanapun kata Ammar, ada pihak menyarankannya untuk melakukan pembuangan tatu secara laser di Amerika Syarikat memandangkan teknologi di negara itu lebih canggih.



"Saya hendak buang tetapi jika saya buat di sini teknologi laser yang ada akan meninggalkan parut dan ada menyarankan buat di luar negara.

"Mungkin bukan sekarang tetapi saya akan buang satu hari nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ammar kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama 'Hello Mr Perfect' dan 'Langit Cinta'.












Sumber: mStar



         ________________________




No comments: