16 October 2015

BAKAL SAMBUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA - FIZO OMAR TERUJA



Sebelum ini, ramai artis kita yang sambung pengajian antaranya Zed Zaidi, Tomok, Aril dan Hazama. Kini giliran Fizo pula menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana serta bakal meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah.

Fizo berazam ingin menjadi pakar dalam bidang media sosial dan pengiklanan.

"Beberapa bulan lepas saya mendapat tawaran dari UUM untuk menyambung pengajian sarjana sains pengurusan mod penyelidikan dan thesis saya mengenai media sosial dan pengiklanan.





"Pengajian ini akan mengambil masa selama 4 tahun dan saya akan buat terus PhD. Apa yang saya belajar ini akan saya applikasikannya kepada bisnes dan kerjaya yang saya ceburi," ujar Fizo dipetik sebagai berkata.

Dia yang sebelum ini pernah mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan awam berkata ingin mempelbagaikan ilmu yang ada serta mahu berkongsi ilmu dengan masyarakat apabila tamat pengajian kelak.



Bagaimanapun, dia menjelaskan keluarga dan isteri banyak memberikan sokongan, motivasi dan dorongan untuknya berjaya.

"Saya mempunyai latar belakang kejuruteraan awam dan sekarang ini saya lebih kepada menjadi seorang 'speaker' dan apa yang saya pelajari banyak yang berkait rapat.

"Banyak yang memberikan dorongan kepada saya termasuklah isteri, keluarga, pekerja-pekerja saya dan mereka semua menyokong untuk saya meneruskan pembelajaran ini," kata Fizo yang akan cuba untuk menghabiskan selama 4 tahun tempoh pengajiannya.





         ________________________




No comments: