23 October 2015

HATI NORA DANISH HANYA UNTUK NEDIM NAZRI



Semua sedia maklum bahawa hubungan Nora Danish dengan Nedim Nazri sudah pun berakhir. Namun baru-baru ini mereka berdua telah bertemu kembali di Bali kerana menyambut hari jadi rakan mereka. Ketika pertemuan tersebut, ada sesuatu yang telah Nora rasai.





Mengakui ada yang cuba mengorat dirinya, Nora Danish memaklumkan yang hatinya tidak terbuka untuk lelaki lain.

"Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali.

"Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia.



"Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai," ujar Nora dipetik sebagai berkata.

Selain itu, Nora juga kini cuba mengurangkan aktiviti memuat naik gambar peribadi kerana tidak mahu ia disalah anggap sambil memberi bayangan "jangan terkejut tiba-tiba saya terus umumkan untuk berkahwin dengan Nedim"





         ________________________




No comments: