21 October 2015

"HUBUNGAN KAMI AGAK RUMIT" - NORA DANISH



Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya mengenai status hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri selepas gambar mereka bercuti di Bali, Indonesia tersebar.

Terkini Nora tampil menjelaskan ketika ini hubungan cintanya bersama duda itu adalah sesuatu yang sangat rumit namun dalam masa yang sama menyatakan mereka mungkin akan berkahwin.





"Sebenarnya situasi kami sangat rumit ketika menjalinkan hubungan cinta dan sebab itu kami mengambil.keputusan untuk berpisah bagi menyelesaikan beberapa masalah. Jujurnya kami memang berkawan dan Alhamdulillah sudah 80 peratus masalah sudah diselesaikan.

"Selepas satu demi satu dapat diselesaikan, situasi hubungan kami berbeza walaupun status kami hanya kawan. Bagaimanapun saya harap orang ramai jangan terkejut sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Selain itu Nora turut menjelaskan gambar mereka bersama ketika di Bali adalah kerana mereka menghadiri majlis hari jadi teman mereka. Kata Nora, kawan-kawan Nedim pun adalah kawan dia juga.

"Memang kami ke Bali. Kawan-kawan saya ialah kawan-kawan Nedim juga. Sebab itu kami bercuti semula. Dan kebetulan saya berjumpa dengan Bunga dan teruja mahu bergambar dengannya. Ashraf pula bergambar dengan Nedim. Perkara itu buatkan orang ingat kami berdrama pula. Sedangkan kami memang sudah berpisah," jelasnya.







         ________________________




No comments: