29 October 2015

ISU NAFKAH ANAK - AWIE AKAN KEMUKAKAN BANTAHAN AWAL



Penyanyi Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 47, akan mengemukakan bantahan awal permohonan isterinya, Rozana Misbun, 36, yang memfailkan permohonan interim nafkah terhadap dua anak mereka pada 21 Oktober lalu.





Awie membuat permohonan itu menerusi peguam syarie, Mohd Syafiq Norizan pada sebutan kali pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Mohd Syafiq berkata, pihaknya akan memasukkan bantahan awal tersebut pada 24 November depan dihadapan pendaftar mahkamah selepas mendapati alasan dikemukakan Rozana selaku pemohon tidak jelas.

Rozana dalam tuntutannya meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya.

Manakala anak sulung pasangan itu Putra Ahmad Merah, 8 tinggal bersama Awie.

Kes berkenaan didengar di dalam kamar dihadapan Hakim Syarie, Ibrahim Deris.

Rozana bagaimanapun tidak hadir pada prosiding berkenaan dan hanya diwakili peguamnya, Mohd Nor Afandi Dahari.

Pada 27 Januari lalu, mahkamah memberikan hak penjagaan sementara tiga anak pasangan itu kepada Rozana.

Untuk rekod, Awie dan Rozana berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: