25 October 2015

JATUH KETIKA MAIN BOLA - TOMOK ALAMI PATAH BAHU KIRI



Malang tak berbau!

Itulah yang terjadi dengan Tomok atau sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 31, apabila dia disahkan patah dibahagian bahu kiri akibat terjatuh ketika bermin bola petang kelmarin.





Menurut kakaknya Ismaliza Ismail, 35, adiknya itu kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Tomok dibawa menaiki ambulan ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

"Setakat ini selepas pemeriksaan xray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah. Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak," ujar Isma dipetik sebagai berkata.



Sementara itu, Tomok menerusi laman Instgram memuat naik sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.

Kata Tomok, dia masih belum membuat keputusan sama ada untuk membuat pembedahan atau tidak.

"Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk... masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital.

"Lepas x-ray doktor suruh saya buat pilihan sama ada buat operate atau tidak, entahlah tengah fikir lagi," tulisnya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: