27 October 2015

"KAMI DAH TEGUR NABIL SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI DALAM MELAWAK" - RAQIM



Terdahulu Nabil Ahmad telah dikecam hebat daripada penonton gara-gara lawak yang mempersendakan kumpulan Caliph Buskers pada konsert pertama Gegar Vaganza 2 (GV2)

Perkara tersebut juga telah mendapat perhatian pihak Astro yang dimana pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad telah menegur Nabil untuk tidak melawak secara berlebihan dan menjaga sensitiviti orang lain.





"Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung.

"Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak,"ujar Raqim dipetik sebagai berkata.

Pada konsert minggu kedua GV2, Nabil telah muncul di pentas bersama satu alatan penapis. Ia sebenarnya sebagai satu garis panduan serta peringatan untuk Nabil berfikir serta berhati-hati sebelum membuat lawak atau berkata-kata.



Walaupun isu melawak tentang kekurangan Caliph Buskers menjadi viral, pihak Astro bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah dengan Nabil dan mengerti bahawa tidak semua orang boleh menerima lawak yang disampaikan dengan baik.

"Lawak itu subjektif dan bukan semua pihak boleh faham atau terima sesuatu jenaka disampaikan. Bagaimanapun sebagai pelawak Nabil harus lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya.

"Penapis yang dibawa Nabil ke pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza tadi (Ahad lalu) sebagai peringatan dan simbolik supaya tapis apa yang ingin diperkatakan," jelasnya.





         ________________________




No comments: