04 October 2015

PERCUTIAN NORA DANISH & NEDIM NAZRI SAMA LOKASI?



Semua sedia maklum bahawa hubungan cinta antara Nora Danish dan Nedim Nazri sudah berakhir.

Namun melalui gambar yang dikongsikan oleh Nora dan juga Ashraf Sinclair, ia bagaikan memberi petunjuk bahawa mereka kini berada di satu tempat yang sama iaitu di Bali, Indonesia.

Klik gambar untuk size besar




Melalui perkongsian gambar di Instagram Nora, dia kini sedang bercuti di Bali dan telah memuatnaik gambar bersama Bunga Citra Lestari yang juga merupakan isteri kepada Ashraf Sinclair.

Lebih menarik lagi, Ashraf juga menerusi IGnya turut berkongsikan gambar dia dan Nedim di sana.

Perkara itu seterusnya menarik perhatian peminat sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Nora dan juga Nedim sedang bercuti bersama.









         ________________________




No comments: