20 October 2015

"SAYA AKAN TARIK BALIK SAMAN JIKA DIA MINTA MAAF DAN MENGAKUINYA" - ARIF DOLLAH



"Jika dia tampil minta maaf dan mengakui apa yang dikatakan sebelum ini termasuk saya melakukan gangguan seksual terhadapnya, berkemungkinan saya akan tarik balik niat untuk menyamannya.





"Saya boleh berlembut dalam hal ini sekalipun dia melakukan minta maaf secara tertutup.

"Namun, dia perlu memberikan penjelasan sebenarnya. Dia yang memulakan semuanya, jadi kiranya dia perlu menutup cerita ini," kata Arif Dollah yang mencabar Sufi yang juga bekas anak tirinya, untuk tampil mengemukakan bukti bagi mengesahkan tuduhan yang dibuatnya ke atas dirinya itu adalah benar.

Dalam masa yang sama, Muhammad Arif Dolah tidak teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang ke atas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia 2015 jika terbukti tuduhan gangguan seksual terhadap dirinya adalah palsu.

Tambah Arif lagi, dia tertanya tanya kenapa Sufi bertindak sedemikian hanya pada tahun ini sedangkan dia mempunyai peluang melakukan perkara berkenaan ketika berpisah dengan bekas isterinya yang juga ibu Sufi pada 2011.

Arif mengenali ibu Sufi iaitu Irma Suriana Mahmod selama tujuh tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada 2007.

Tegar (kiri) dan Sufi bersama laporan polis yang dibuat terhadap Arif, hujung Mac lalu


Namun Sufi dan adik beradiknya hanya mengetahui berita pernikahan itu selepas setahun mereka berkahwin.

"Ibu Sufi sendiri pernah membuat laporan polis terhadap saya atas keganasan rumah tangga sebelum ini.

"Tetapi selepas disiasat selama tiga bulan, kes itu ditutup. Kenapa tidak dia (Sufi) membangkitkan hal ini ketika itu? Kenapa dia hanya menunggu kes membabitkan Tegar baharu nak lakukan semua ini," katanya.

"Saya hanya mahu menegakkan kebenaran. Keluarga saya sendiri dipanggil dajal oleh keluarga Sufi. Saya terkesan hingga tawaran kerja merosot. Selain terbabit di arena seni, saya juga menjadi pengacara majlis," ujarnya.

Sementara itu, Arif turut memberitahu kes gangguan seksual membabitkan Tegar yang menjadi perhatian sebelum ini digugurkan kerana kenyataan bercanggah oleh penyanyi itu sendiri.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: