08 October 2015

SERING DIDUGA DENGAN KONTROVERSI - TASHA SHILLA TAK MENYESAL



"Bagi saya, benda buruk yang kita buat adakalanya ada baiknya. Saya tak menyesal kerana apabila di duga dengan dugaan sebegini, menjadikan saya lebih kuat," demikian kata Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak mengenai segala kontroversi dan isu panas yang timbul berkaitan dirinya sejak kebelakangan ini.

Menurut Tasha, dia bagaimanapun akan lebih berhati-hati dan mendalami apa yang berlaku dalam perjalanan karier seninya.

Dalam pada itu, Tasha menyifatkan segala tohmahan dan kritikan yang diterima sebagai ujian yang sudah tertulis buatnya dan ia menjadikan dirinya seorang yang lebih kuat dan tabah.





"Ada ketikanya saya kecewa juga dengan apa yang berlaku. Tapi dalam hidup kita tak digalakkan kecewa. Malah apabila berdepan dengan dugaan ini membuatkan setiap hari saya belajar.

"Setiap ujian dan dugaan yang datang, kita tak pernah duga. Tapi saya terima dengan hati yang reda. Apa yang penting jangan putus asa dan sentiasa bersikap lebih positif," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tasha juga tidak mahu ambil pusing dengan segala kritikan mahupun cacian yang dilemparkan kepada dirinya di media sosial. Buat Tasha tiada gunanya untuk menyiram minyak ke dalam api.



"Kalau saya pun melenting dengan apa yang mereka kata, sama saja saya dengan mereka. Bila dah lama dalam industri, kita dah faham dengan asam garam peminat.Jadi kita kena lebih matang dan jangan ambil pusing.

"Kalau kita simbah petrol dalam api yang marak, sampai bila tak akan padam. Tapi ada masanya saya baca juga apa yang mereka komen tapi benda yang negatif saya tak simpan. Bila simpan perkara negatif dalam hidup mulalah tertekan, murung. Kalau kurang ajar sangat, biasanya saya sekat terus mereka," jelasnya.

Ditanya mengenai soal cinta, Tasha berkata yang dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk bercinta sekali lagi cuma buat sementara waktu beliau mahu fokus pada dirinya sendiri terlebih dahulu.



         ________________________




No comments: