07 October 2015

INILAH WAJAH ANAK EZAD EXIST YANG COMEL



Ezad Exist baru-baru ini telah sudi berkongsi gambar wajah anak lelakinya yang diberi nama Muhammad Darwish di laman Instagram.

Isterinya, Nor Azeana, 36, selamat melahirkan anak kedua mereka secara pembedahan sekitar jam 1.10 petang kelmarin di Hospital Ampang, Selangor.

Ezad juga mengharapkan penyakit kanser yang dihidapi isterinya ketika mengandung akan hilang dan beransur pulih selepas ini.





"Alhamdulillah anak kami selamat dilahirkan pada Isnin lalu. Isteri dan anak berada dalam keadaan sihat dan menanti masa untuk keluar hospital.

"Walaupun doktor merancang agar isteri saya bersalin lebih awal apabila kandungan mencapai tempoh matang, dengan kuasa Tuhan anak saya dilahirkan cukup bulan.

"Buat masa ini saya tidak dapat mengulas lebih lanjut berhubung penyakit isteri saya. Doktor akan buat pemeriksaan lanjut selepas satu tempoh ditetapkan," ujar Ezad dipetik sebagai berkata.

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.





         ________________________




No comments: