24 October 2015

SYAIFUL ZERO BAKAL BERGELAR BAPA



Tahniah diucapkan kepada Mohammad Syaiful Doli Sharif atau lebih dikenali sebagai Melati, anggota kumpulan Zero yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya, Asyura Rudy, 27, kini sedang hamil dua bulan.





"Alhamdulillah, isteri saya kini sudah masuk bulan kedua kehamilan," ujar Melati ringkas.

Sebelum ini, pelawak itu telah diijabkabulkan pada Julai lalu di Kudat Sabah.

Mengenai perkembangan rumah keluarganya yang telah musnah dalam tragedi kebakaran pada Jun lalu, Melati berkata ia dalam proses pembinaan semula.

"Rumah kami dalam proses pembinaan semula. Tapaknya, adalah di tapak lama, cuma kedudukan rumah-rumah di kawasan tersebut, tidak lagi serapat dahulu kerana mereka tidak mahu kejadian kebakaran berulang lagi," jelasnya.

Perkembangan terbaru Melati ialah dia bakal berentap di dalam program 'Juara Parodi' yang menggabungkan para pelawak dengan penyanyi popular tanah air.



         ________________________




No comments: