08 November 2015

BERIMEJ BARU - FIRMAN AF2014 TUNAI NAZAR



Semua pasti mengenali bekas pelajar AF2014 iaitu Firman Bansir dengan imej rambutnya panjang paras bahu.

Tetapi baru-baru ini menerusi program realiti #JuaraParodi yang bersiaran Jumaat lalu, Firman telah tampil dengan penampilan baru iaitu dengan rambut yang lebih pendek dan kemas.





Menurut Firman, dia memotong rambutnya itu kerana ingin menunaikan nazarnya.

"Selepas selesainya program AF2014, saya sendiri telah bernazar untuk tampil dengan imej rambut pendek sekiranya saya muncul dengan album pertama.

"Alhamdulillah, album pertama saya berjudul Kau Yang Satu telah dilancarkan baru-baru ini dan saya telah menunaikan nazar saya dengan memotong rambut," ujar Firman dipetik sebagai berkata.



Menerusi album sulungnya itu, Firman tampil dengan enam buah lagu yang berkonsepkan modern rock dan pop.

"Saya bekerjasama dengan komposer seperti Datuk M. Nasir, Edry Abdul Halim, Omar K, Al Farabi Band dan Azlan & The Typewriter. Saya juga ada mencipta sebuah lagu dalam album saya yang berjudul Kau Yang Satu," jelasnya.

Bersyukur kerana buah tangan sulungnya kini muncul menemui peminat, Firman berharap agar semua pendengar muzik dapat menerima album pertamanya.

"Saya berharap agar kehadiran album sulung saya, Kau Yang Satu dapat diterima oleh peminat dan penggemar muzik di luar sana," katanya.



         ________________________




No comments: