18 November 2015

BERSALAH TAMPAR IKA NABILA - AZMA AIZAL DIDENDA RM2,000



Gara-gara menampar pelakon Ika Nabila... pengarah Azma Aizal Yusoof, 33, yang mengaku bersalah telah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur.

"Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya

Azma (kiri), Ika (tengah) dan Rosyam Nor




"Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

"Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku.



"Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi," ujar Azma dipetik sebagai berkata melalui BH online.

"Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan.



"Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi," katanya yang sudah menghubungi Datuk Rosyam Nor selaku penerbit drama Dawai Asmara itu.

Untuk makluman, Azma diheret ke mahkamah setelah Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada 2 November lalu.



         ________________________




No comments: