09 November 2015

IKA NABELLA DEDAH KEJADIAN DIRINYA DITUMBUK PENGARAH



Sebelum ini, industri seni menjadi kecoh seketika dek kerana tindakan pengarah, Azma Aizal Yusoof, 33, menumbuk pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella, 26.

Azma yang mengakui mempunyai sebabnya tersendiri melakukan perkara tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.





Terbaru, Ika yang kini beransur pulih telah tampil menceritakan punca sebenar dia ditumbuk.

"Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab”

"Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini adalah kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia.



"Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu.

"Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan (sambil tunjuk video yang dirakam pengarah). Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction (yang pengarah mahukan) selepas dia pukul saya tu," ujar Ika dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Ika menyatakan yang dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembabitannya di dalam drama yang dibintanginya itu.

Kini, kita tunggu apa penjelasan daripada pihak pengarah sendiri setelah siasatan selesai.



         ________________________




No comments: