22 November 2015

MUAT NAIK GAMBAR PEMINAT YANG TANGKAP GAMBARNYA - ALTIMET DIKRITIK



Jika sebelum ini Lisa Surihani meluahkan rasa terkilan mengenai gambar anaknya dirakam tanpa kebenaran, terkini Altimet yang popular dengan 'Bila Aku Kaya' dan 'Malaysian Boy' pula berasa bengang kerana gambarnya diambil peminat ketika dia sedang menikmati soto di Shah Alam tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu.





Bengang akan perkara itu, Altimet menerusi laman Instagramnya, dia telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang memegang telefon bimbit di kedai makan.

Tindakan Altimet itu menyebabkan dia mendapat kritikan di media sosial. Majoriti berpendapat apa yang dilakukan Altimet keterlaluan. Bagi mereka tidak perlu meminta izin untuk mengambil gambar Altimet kerana beliau seorang public figure.



Disebabkan itu, Altimet telah memadam gambar peminat tersebut memandangkan kritikan hebat yang diterima. Katanya, ia ialah atas nasihat orang penting dalam hidupnya, iaitu ibu Altimet.

Namun begitu, Amran Fans telah menyebarkan screencap komen-komen di Facebook Altimet sebelum ia dipadam.

Sehingga kini, Altimet masih menerima komen berbentuk sarkastik dari orang ramai berhubung 'meminta izin'.

Klik gambar untuk size besar








         ________________________




No comments: