22 November 2015

WAJAH ANAK DIRAKAM SECARA CURI - LISA SURIHANI LUAH RASA TERKILAN



Baru-baru ini, Lisa Surihani telah menyuarakan rasa terkilan apabila ada seorang peminat telah mengambil gambar wajah anak mereka, Yahaira Leanne tanpa kebenaran.

Difahamkan, gambar-gambar curi ala paparazzi itu dikatakan diambil semasa mereka berada di sebuah pasaraya.





Gambar tersebut telah disebarkan di media sosial dan menjadi viral.

Sebelum ini Lisa pernah menyuarakan bahawa dia enggan wajah anaknya didedahkan kepada umum buat masa ini kerana mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak yang normal.

"Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang gambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke? Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan?

Gambar yang dirakam secara curi oleh peminat


"Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi. Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik. Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?" ujar Lisa dipetik sebagai berkata.

Peminat yang berbuat demikian juga menyatakan dalam tweetnya yang gambar itu diambil secara sembunyi kerana takut dimarahi.

Kenyataan Lisa mendapat pelbagai reaksi di laman sosial yang menganggap Lisa 'poyo' kerana memperbesarkan hal kecil. Namun ada juga yang menyokong Lisa dan berpendapat yang prinsip Lisa untuk tidak terlalu mendedahkan wajah Yahaira Leanne itu ialah haknya.

Klik gambar untuk size besar






         ________________________




No comments: