22 November 2015

4 GAMBAR - ISTERI SELAMAT BERSALIN - FAZREEN RAFI DIKURNIA 'BABY GIRL'



Isteri kepada pelakon Fazreen Rafi, 27, iaitu Sharifah Marlina Ashikin Syed telah selamat melahirkan anak ketiga mereka malam Jumaat lalu di Ar Raufah Ipoh.

Berita ini diumumkan sendiri oleh Fazreen menerusi akuan Instagram miliknya dengan berkongsi wajah puterinya yang diberikan nama iaitu Rizqeen Humaira





"Alhamdulillah. Isteri Faz Syarifah Marlina selamat melahirkan baby girl di Ar Raufah ipoh," tulisnya.

Untuk rekod, Fazreen dan Sharifah yang mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2011 sebelum ini telah dikurniakan dua anak lelaki yang bernama Rizqin Qayyum dan Rizqin Uwais.

Tahniah kami ucapkan!









         ________________________




No comments: