"Saya pernah berkongsi mengenai mas@lah kewangan sebelum ini, cuma mungkin orang tidak perasan. Selepas muncul dalam p0dcast baru-baru ini, barulah ia menjadi perhatian.
"Ramai melihat kehidupan saya selesa, tetapi itu cara saya menguruskan kehidupan. Saya bukan jutawan. Dulu perniagaan berkembang dengan baik dan rezeki juga murah.
"Namun, orang perlu faham saya menguruskan banyak perniagaan, bukan satu atau dua sahaja. Dalam dunia perniagaan, gali lubang tutup lubang adalah perkara biasa.
"Cuma beberapa tahun kebelakangan ini cabarannya lebih besar kerana saya turut berdepan pelbagai komitmen termasuk dengan agensi kerajaan."
Itulah kata pelawak dan usahawan, Shuib, 42, apabila menerima kec@man dan sind1ran segelintir pihak yang mempersoalkan kehidupan mewah dipaparkan selama ini, selepas membuat pendedahan mengenai b£ban hut@ng mencecah RM15 juta mengundang pelbagai reaksi.
Namun Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, tidak melihat semua tanggapan itu sebagai sesuatu yang perlu dipertahankan, sebaliknya memilih untuk terus bekerja keras melunaskan segala komitmen kewangan, selain menganggap ujian dilalui sebagai proses mematangkan diri.
Ujar bapa kepada lima cahaya mata itu, lebih menguatkan semangatnya apabila isterinya, Watie Hanifiah serta anak-anak sentiasa berada di sisi, malah sanggup berk0rban demi membantunya mengharungi antara fasa paling sukar dalam kehidupan.
Jelasnya lagi, perkongsian mengenai b£ban kewangan yang ditanggungnya itu kerana mahu memberi gambaran bahawa setiap usahawan mempunyai cab@ran tersendiri dan bukannya berniat meraih simpati seperti yang didakwa.
Klik untuk gambar besar
Tambah Shuib lagi, Watie sudah berdepan pelbagai kec@man sejak awal perkahwinan, namun wanita itu tetap setia dan tidak pernah meninggalkannya ketika berada dalam kesusahan.
"Ketika saya memilih Watie sebagai isteri, ramai mengec@m keputusan itu. Pelbagai tanggapan dilemp@rkan kepada kami.
"Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya mendapat jawapan paling indah. Ramai sangka dia bersama saya kerana harta dan kedudukan, sedangkan ketika saya melalui ujian inilah dia membuktikan kesetiaan.
"Dia tahu bagaimana hendak membantu dan sentiasa menjadi individu paling kuat di belakang saya," ujarnya yang turut , berkata, anak-anak juga memahami keadaan yang dilaluinya sehingga sanggup menghulurkan wang simpanan masing-masing bagi membantu.
"Apabila pulang ke rumah, saya rasa tenang. Saya mempunyai isteri dan anak-anak yang baik. Itu lebih bernilai daripada wang ringgit.
"Sebab itu saya tidak boleh mengeluh. Apa yang saya ada hari ini sudah cukup untuk saya syukuri," katanya yang tidak pernah meny£sali setiap keputusan yang dibuat sepanjang bergelar usahawan, biarpun terpaksa menanggung hut@ng besar.
Sebaliknya, katanya, setiap kegagalan memberi pengalaman berharga untuk membina semula perniagaan dengan ilmu dan strategi lebih baik.
"Saya anggap semua kegagalan sebagai proses pembelajaran. Dalam perniagaan, saya perlu menambah ilmu, membina pasukan yang lebih baik dan belajar membuat keputusan lebih tepat. Saya suka mendampingi mereka yang lebih berilmu kerana saya menikmati proses pembelajaran itu," kata Shuib.
Disamping itu, Shuib mengakui, dia tidak pernah mengambil hati ketika mengulas mengenai kec@man segelintir pihak yang menganggap nasibnya sebagai bal@san terhadap kehidupan mewah sebelum ini.
"Saya tidak kisah jika ada yang berkata, pad@n muka dahulu kaya sekarang tanggung hut@ng. Itu hak mereka. Saya tidak pernah mendidik diri untuk menghakimi orang lain. Lebih baik kita menjaga diri dan keluarga sendiri serta belajar bersyukur dengan apa yang dimiliki," tututnya.
Dalam pada itu, Shuib berkata, dug@an yang dilalui turut mengajarnya supaya sentiasa meletakkan Allah sebagai tempat bergantung sebelum mengharapkan bantuan manusia.
Ulasnya lagi, setiap ujian hadir dengan hikmah tersendiri dan tidak pernah mematahkan semangatnya untuk bangkit.
"Saya percaya saya hanya kalah apabila berhenti. Apabila berdepan mas@lah, jangan membelakangkan Allah. Jangan terus mencari manusia terlebih dahulu.
"Duduk, bersujud dan berdoa kepada Allah. Selepas itu barulah berusaha mencari jalan untuk membangunkan semula perniagaan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment