23 November 2015

PENDAKWA GAGAL TIMBULKAN PRIMA FACIE - BENJY DIBEBAS KES SYABU



Dilepas dan dibebaskan!

Begitulah keputusan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor terhadap pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 38, dan rakan wanitanya, Julia Ernie Jamaludin, 26, hari ini dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki syabu, Mac lalu.





Difahamkan, keputusan tersebut dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kes itu.

Benjy dan Julia masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu 1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne.



         ________________________




No comments: