23 November 2015

"BUKAN TAK BOLEH AMBIL GAMBAR CUMA JANGAN KETERLALUAN" - ALTIMET



"Bukan tidak boleh ambil gambar saya secara sembunyi-sembunyi tetapi dia melakukannya secara keterlaluan sehingga membuatkan saya naik marah," demikian kata penyanyi rap Altimet yang berasa kurang senang dengan tindakan individu tersebut yang mengambil gambarnya secara sembunyi ketika dia sedang makan.





Menurut Altimet, perkara itu dianggap sebagai biadab sehingga menimbulkan rasa curiga serta menganggu perbincangan yang sedang dilakukan.

"Dia ambil gambar sepanjang saya makan kira-kira 20 minit terutamanya ketika saya sedang menyuap makanan di mulut. Saya cuba senyum kepadanya tetapi tidak dilayan walaupun dia berada betul-betul di meja hadapan saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Altimet turut mengakui tindakannya memuat naik foto individu tersebut juga sesuatu yang kurang manis.



"Saya mengakui kesilapan saya juga kerana muat naik gambar dia di laman sosial. Ketika itu saya tidak mampu kawal emosi marah.

"Kemudian, ibu saya menegur dan meminta saya untuk memadam gambar tersebut bagi menghormati privasi individu tersebut," jelasnya.

Tambah Altimet, dia berharap berpeluang untuk berjumpa kembali lelaki tersebut bagi meminta maaf secara peribadi.

"Kalau boleh memang saya ingin minta maaf tetapi bukan melalui media atau secara terbuka, saya ingin bertemu sendiri dengan dia untuk meminta maaf," katanya.



         ________________________




No comments: