23 November 2015

SEDIA TAMBAH ANAK - SCHA ALYAHYA IDAM ANAK KEMBAR



Umum mengetahui usia anak kepada Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu, Lara Alana sudah pun berusia 1 tahun empat bulan.

Sememangnya, setelah memiliki seorang anak, ramai pula bertanyakan soal anak kedua kepada pasangan ini.





Scha ketika ditemui media berkata yang dia dan suaminya sebenarnya sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua.

"Saya memang nak sangat kehadiran anak kedua. Tetapi waktu kini kena tunggu dahulu, jika ada rezeki alhamdulillah, jika tidak tunggu sahaja sehingga tiba masanya. Sebolehnya waktu Lara membesar ini, saya mahu bersamanya dahulu kerana masih belum puas melihat perkembangannya.

"Tetapi sama sahaja, jika Lara mempunyai adik, mereka boleh bermain bersama. Kalau boleh saya nak kembar (lelaki dan perempuan). Kerana lepas itu mungkin boleh tutup kedai.



"Bagaimanapun, saya dan Awal tidak kisah sebenarnya anak kedua kami lelaki atau perempuan kerana kedua-duanya ada keistimewaan. Jika anak lelaki, nanti besar dia boleh tolong jaga kakaknya, dan jika perempuan pula, boleh bermain masak-masak dengan Lara," ujar Scha dipetik sebagai berkata.

Menurut Scha, walaupun dia sibuk dengan kerjaya, namun dalam masa yang sama, dia turut meluangkan masa untuk bersama keluarga.

Semoga hajat Scha sekeluarga untuk beroleh kembar akan termakbul dan pastinya ia akan menggembirakan peminat.



















         ________________________




No comments: