24 November 2015

DIANA DANIELLE SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Pada 19 November lalu, isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle telah selamat melahirkan anak kedua mereka menerusi teknik bersalin dalam air.

Menurut Farid, isteri serta anaknya berada dalam keadaan sihat.





"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar.

"Selamat datang ke dunia wahai anakku," kata Farid kepada BH Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad atau lebih mesra disapa Che Mad yang kini berusia dua tahun setengah.

Farid Kamil berkongsi gambar mengenai perkembangan isterinya yang menunggu detik melahirkan anak kedua mereka di laman Instagram sekitar beberapa hari lalu.


Diana Danielle langsung tidak memuat naik berita mengenai kelahiran anak keduannya tetapi kelihatan berkongsi gambar kek sambutan hari lahirnya ke -24.




         ________________________




No comments: