24 November 2015

TAKZIAH - KOMPOSER SYED HARON KE KEMBALI RAHMATULLAH



Pencipta lagu 'Warisan' nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Syed Haron Syed Ahmad, 65, telah menghebuskan nafas terakhir di rumahnya di Desa Subang Permai akibat serangan jantung sekitar jam 1.45 pagi semalam.





Berita sedih itu dimaklumkan oleh komposer ternama, Habsah Hassan di laman Facebook miliknya.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, selepas disembahyangkan di Masjid At Taqwa Desa Subang Permai sekitar jam 9 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dua anak dan tiga cucu.



Selain lagu Warisan yang diangkat sebagai lagu tema Sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57 tahun lalu, beliau juga merupakan pencipta beberapa lagu malar segar popular antaranya 'Hujan', 'Apa Khabar Orang Kampung' dan 'Balik Kampung' dendangan Allahyarham Sudirman Arshad serta 'Kain Pelikat' nyanyian Anuar Zain.

Tak ketinggalan lagu 'Mawar Putih Untuk Mama' nyanyian Allahyarhamah Datuk Sharifah

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau memegang jawatan sebagai Pendaftar di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) Kuala Lumpur.

Syed Haron mula berkecimpung dalam dunia seni dengan menubuhkan kugiran Rhythm 67 pada tahun 1967 sebelum menyertai kumpulan Wheels pada tahun 1970.



         ________________________




No comments: