16 November 2015

PENGACARAAN NABIL - ASTRO TIDAK MAHU 'BUNUH' KREATIVITINYA



Ramai yang masih tidak senang dengan cara pengendalian Nabil Ahmad dalam program Gegar Vaganza (GV2) yang dianggap seperti bergurau tidak kena tempat.

Namun begitu pihak Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh Nabil pada program itu kerana ia akan menyekat kreativitinya.





Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu.

"Pihak kami berpuas hati dengan Nabil dan apa yang saya lihat, Nabil sudah banyak mengurangkan gurauannya di atas pentas.

"Jika pihak kami terlalu ketat dalam meletakkan syarat-syarat cara pengacaraan, ia akan menyekat dan 'membunuh' kreativiti Nabil mengendalikan program berkenaan," ujar Raqim dipetik sebagai berkata.



Dalam pada itu, Nabil turut mendapat kritikan apabila dia dilihat suka mencelah ketika juri sedang memberi komen kepada peserta dan perkara itu dianggap sebagai kurang sopan.

Bagaimanapun Raqim menjelaskan, menjadi tanggungjawab pengacara untuk meneutralkan keadaan lebih-lebih lagi ketika juri memberi kritikan pedas.

"Pengacara perlu menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pada peserta mahupun juri.

"Jika ada yang berasa Nabil sengaja mahu mencelah, mereka silap. Nabil termasuklah pengacara gandingannya iaitu Jihan Muse sekadar mahu meredakan keadaan," jelasnya.


Sumber: mStar



         ________________________




No comments: