16 November 2015

PURA-PURA SINGKIR NABIL & JIHAN DI GV2 - ASTRO MENGAKU SENGAJA BUAT GEMPAK



Nampaknya drama Astro makin hangat dan bertambah gempak apabila konsert kelima Gegar Vaganza 2 (GV2) semalam yang kononnya memberi kejutan buat pengacaranya Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Raja Azura (Kak Engku) dan Salih Yaacob memegang peranan utama dalam drama tersebut bagi menarik perhatian penonton.

Klik gambar untuk size besar




Semuanya bermula apabila Nabil yang pernah dikecam penonton GV2 gara-gara kelancangan mulutnya dilihat seolah disingkirkan daripada rancangan tersebut. Nasib yang sama turut menimpa pasanganhya iaitu Jihan Muse.

Kejutan bermula apabila lagu mereka berdua yang dipaparkan di skrin pada segmen 'Ada Lagu Ada Lagi' telah menukar gambar Nabil dan Jihan kepada wajah Kak Engku dan Salih.

Bagaimanapun, ramai yang sudah terbiasa dengan gimik Astro tersebut dan mengetahui apa yang bakal berlaku minggu depan apabila melihat wajah Nabil dan Jihan yang berpura-pura terkejut. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa!



Ini kerana, bukanlah namanya Astro kalau tidak buat gempak bagi menarik lebih ramai penonton. Tak gitu?

"Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

"Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

"Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali," ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dipetik sebagai berkata.







         ________________________




No comments: