02 November 2015

"SAYA TAK AKAN MINTA MAAF KEPADANYA" - SUFI AF2015



Sebelum ini, Arif Dollah pernah menyatakan yang beliau akan berlembut hati dengan menarik balik samannya terhadap bekas anak tirinya, Sufi AF2015 sekiranya dia tampil memohon maaf kepadanya.





Bagaimanapun, Sufi memberitahu bahawa dia tidak akan meminta maaf kepada Arif dan akan menyerahkan segala siasatan ataupun perkara mengenai kes berkenaan kepada pihak polis.

"Pada saya, saya tak terganggu sangat dengan apa yang terjadi sebab mendengar nasihat daripada pihak polis dan pengurusan saya yang meminta saya untuk tidak memberikan sebarang komen ataupun kenyataan yang menentang pihak Arif.

"Saya biarkan pihak polis melakukan siasatan. Jika mereka beri saya green light untuk bersuara ataupun meluahkan pendapat, saya mungkin akan lakukan hal tersebut. Namun, saya tidak akan meminta maaf kepadanya," ujar Sufi dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, kes tuduhan liwat juara AF2015 terhadap bekas bapa tirinya telah digugurkan apabila pihak polis Singapura mendapati tiada bukti kukuh yang diberikan.

Susulan kes tersebut, Arif menegaskan beliau akan saman malu terhadap Sufi kerana telah memfitnah beliau atas gangguan seksual.

Kami harap kes ini dapat diselesaikan secara baik, kalau kedua-dua pihak bertegas dan mahu menegakkan pendirian masing-masing mungkin ia akan menjadi sukar.



         ________________________




No comments: