21 November 2015

SELESA JADI IBU TUNGGAL - SITI NORDIANA ENGGAN KAHWIN LAGI



"Saya selesa dengan status sebagai ibu tunggal dan tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga. Buat masa ini... fokus saya adalah untuk membesarkan anak lelaki saya dan kerjaya seni semata-mata," begitulah komen Siti Nordiana apabila diajukan persoalan kahwin.

Dia yang sudah enam tahun bergelar ibu tunggal dilihat masih belum terbuka hati untuk berkahwin buat kali kedua. Namun dia menyerahkan pada takdir jika itu kehendak Allah (bertemu jodoh) pada masa depan.

Nana bersama anaknya, Rayyan




Nama Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana kembali menyengat dan mendapat perhatian ramai setelah dia menyertai Gegar Vaganza 2 terbitan Astro. Peribadinya yang lemah lembut secara tiba-tiba membuat ramai jejaka mahupun duda menaruh hati pada penyanyi itu.

"Urusan jodoh ini saya serahkan sepenuhnya kepada Allah dan saya enggan terburu-buru membuat keputusan. Kalaulah ada lelaki yang hadir dalam hidup saya nanti, harap dia bukan sahaja dapat menerima saya, malah dia juga perlu serasi dengan anak tunggal saya," ujar Nana dipetik sebagai berkata.



Tambah Nana, buat masa ini dia hanya mahu fokus dalam kerjayanya terlebih dahulu.

Baguslah kalau begitu dik... bak kata pepatah, tak lari gunung dikejar. Tak gitu?






         ________________________




No comments: