28 November 2015

SUARA TAK KELUAR - FARADHIYA MINTA PEMINAT DOAKAN SUPAYA DIRINYA DAPAT BERAKSI DI GV2



Menerusi Instagram Faradhiya, dia telah memuat naik sekeping gambar ubat-ubatan dan memberitahu tentang keadaan dirinya yang sedang sakit.

Farahdhiya meminta peminat Gegar Vaganza 2 (GV2) mendoakan kesihatannya supaya boleh membuat persembahan pada konsert ketujuh minggu ini.





"Salam semua. Sorry dah 3 hari senyap, inilah sebabnya. Nasib saya tak baik, saya jatuh sakit, inilah dugaan utk saya. 2 kali dah jumpa doctor. Vocal cords saya kene jangkitan kuman & I have vocal nodules too from over using my voice & tak cukup rehat sampai suara tak keluar. Im now on medication & resting. Please pray for me ya supaya saya sihat dan boleh perform utk Gegar Vaganza Ahad ni. Tq so much. Much love.



"Malam besok insyaallah saya akan menyanyikan lagu Metallica 'Enter Sandman' di Minggu ke 7 Gegar Vaganza live di Astro Ria 104 jam 9pm!! I still need your doa supaya saya boleh sihat mcm biasa dan boleh menyanyi besok. I'm praying & hoping that God will ease my pain n permudahkan segalanya utk saya, Aminnn.Insyaallah jumpa besok semua. Terima kasih kepada semua yg tak habis2 mendoakan kesihatan saya. May God bless your beautiful souls! Much love," tulis Faradhiya di laman IGnya.



Pada konsert minggu ketujuh Ahad bertemakan Rockdut (Rock + Dangdut) ini, Farahdhiya diberi tugasan untuk menyayikan lagu Enter Sandmand yang dinyanyikan kumpulan rock antarabangsa, Metallica.

Harapan kami semoga Faradhiya cepat sembuh supaya dapat membuat persembahan yang konsisten pada minggu ini dan bersaing dengan enam peserta lain.



         ________________________




No comments: