18 November 2015

TARIK DIRI DARI MUZIK MUZIK - YUNA IKUT JEJAK FAIZAL TAHIR



Selepas penyanyi Faizal Tahir, mengakui semalam tidak akan membawakan lagu Assalamualaikum pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik pada 6 Disember depan, terkini penyanyi Yuna pula berbuat demikian.

Jika Faizal memberikan alasan yang jadual muzik muzik itu bertembung dengan rakaman untuk sebuah program televisyen yang sudah dipersetujuinya,, Yuna pula memberi alasan bahawa komitmennya di Amerika Syarikat menjadi faktor dia terpaksa menarik diri.





"Kali ini saya mahu Assalamualaikum mara dalam pertandingan ini bersandarkan kekuatan melodi, seni kata, susunan muzik dan mesejnya, bukan disebabkan Faizal Tahir yang menyanyi.

"Saya sudah ada orang lain yang mampu mendendangkan lagu ini. Beliau mempunyai aura, mampu menguasai pentas selain boleh mengawal situasi. Saya rasa beliau dapat memikul amanah dengan baik.



"Seperti yang saya tegaskan, Assalamualaikum boleh dibawakan penyanyi lain atau 10 orang berbeza sekali pun, bukan bergantung pada Faizal Tahir," ujar Faizal ketika diminta mengulas mengenai penyertaan di dalam Muzik Muzik dan AJL30.

Sementara Yuna pula, kata Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa, sebelum ini pun Yuna tidak dapat menyertai dan menggunakan khidmat penyanyi pengganti dan tahun ini dia mengambil keputusan menarik diri daripada berentap di peringkat separuh akhir itu.

"Yuna menerusi pihak pengurusannya ada menghantar surat rasmi kepada pihak kami berhubung perkara itu dan pihak kami menerimanya," kata ketika ditemui media pada majlis pengumuman 30 lagu yang layak bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, di Bangsar, Kuala Lumpur.

Untuk info, Sebanyak 12 lagu akan dipilih ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) menerusi tiga persembahan peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 22 November, 29 November dan 6 Disember di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor.



         ________________________




No comments: