18 November 2015

USIKKAN NABIL - ALYAH AMBIL YANG POSITIF



"Saya tahu dia selalu mengusik kami. Walaupun kadang-kadang sedikit keterlaluan tetapi saya tetap ambil yang positif," demikian kata Alyah, 34, mengenai gurauan pengacara Nabil Ahmad yang kerap mengusik dia dan suaminya, Datuk Ramli MS ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 2 (GV2).

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun Alyah mengakui yang dia belum berkesempatan menonton GV2 tetapi dia tahu pengacara itu kerap mengusiknya dengan Ramli yang juga juri tetap program terbabit.

Menurut Alyah, dia tidak mahu melatah atau terasa hati kerana beranggapan itu sebahagian daripada tugas Nabil bagi menghidupkan suasana majlis.

"Saya tahu dia seorang yang gila-gila, jadi tak ada apa perlu diperbesarkan. Mungkin ada orang dia lebih cepat terasa, tapi saya cuma ambil yang positif," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Menurut penyanyi lagu 'Sesal Separuh Nyawa' ini lagi, suaminya juga tidak pernah bercerita perkara terbabit apabila pulang ke rumah.

"Dari awal perkahwinan hingga sekarang, kami tak pernah mencampuri urusan kerja masing-masing," jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, semalam Alyah telah menyambut hari lahir suaminya dan sempena hari istimewa itu, Alyah telah memuat naik gambar mereka berdua untuk tatapan peminat.









         ________________________




No comments: