29 November 2015

WAJAH AURORA - FARID KAMIL SEDIA DEDAHKAN



Tidak sesetengah selebriti lain yang mungkin terlalu berkira untuk mendedahkan wajah anak pada khalayak, namum lain bagi Farid Kamil Zahari, 34, yang bersedia berkongsi gambar wajah anak keduanya itu dalam masa terdekat.

"Kami tunggu saat itu tersedia, maka kami akan kongsikan, namun tidaklah lama untuk disimpan," ujar Farid dipetik sebagai berkata.







Farid dan isterinya Diana Danielle, 24, baru sahaja menimang cahaya mata kedua, yang diberi nama Nur Aurora pada 19 November lalu,

Akui teruja menimang bayi perempuan, Farid bagaimanapun berkata, dia lebih senang menyerahkan urusan menguruskan Aurora kepada isterinya.

"Saya serahkan kepada Diana untuk menguruskan di awal kelahiran ini kerana saya takut untuk memegangnya yang masih kecil.



"Tapi saya akan lebih fokus menjaga Muhammad memandangkan Diana sudah menjaga adiknya," jelasnya.

Menurut Farid, dia sangat menitikberatkan penjagaan Diana sepanjang berpantang dan memilih untuk menjaga isterinya itu sendiri.

"Kami akan sama-sama hadapinya, terutama waktu malam yang kembali perlu berjaga untuk memastikan Aurora selesa.

"Dari segi penjagaan pantang, tiada komplikasi yang perlu dibimbangkan kerana Diana bersalin dalam kaedah air (water birth)," katanya yang akan melangsungkan majlis akikah tidak lama lagi.


Sumber: SH




         ________________________




No comments: