29 November 2015

HATI ABAM BOCEY - GADIS SABAH BERJAYA 'TEMBAK'



Semua mengetahui bagaimana Abam Bocey, 27, kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila pelakon dan pelawak ini telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh keluarganya.





"Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Biarpun tempoh perkenalan itu masih boleh dianggap singkat, wanita berusia 22 tahun itu yang berjaya mencuit hati Abam pada masa sama sebenarnya telah memikat hati ahli keluarganya yang lain.

"Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu.



"Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu," jelasnya.

Kata Abam, dia juga kini dalam perancangan untuk bertemu dengan ahli keluarga pihak sebelah perempuan.



"Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor. Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu," katanya.

Kongsi Abam, wanita tersebut memberitahu mula meminati dirinya selepas menonton program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan yang dihoskan Sheila Rusly.

"Dia beritahu mula mengikuti perkembangan saya selepas melihat saya memasak. Dia mungkin suka lelaki yang pandai masak kot," seloroh pelakon filem 'Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa' itu.

Sungguh pun wanita tersebut merupakan orang luar industri, kata Abam, dia seorang yang amat memahami kerjayanya.

"Saya pernah bawa dia melihat sendiri bagaimana saya bekerja. Dari situ, dia boleh faham cara kerja saya.

"Sebab itu apabila dia mesej dan beritahu tengah kerja, dia tak akan mesej lagi dan hanya tunggu saya mesej atau menelefon dia semula sahaja," tuturnya.


Sumber: Kosmo




         ________________________




No comments: