14 November 2015

ZARINA ANJOULIE KINI SUDAH BERKAHWIN?



Khabarnya pelakon yang terpalit dengan kontroversi, Zarina Anjoulie sudah pun berkahwin dengan lelaki pilihan dan mereka kini berada di Brunei.

Bagi mengukuhkan dakwaan ini lagi apabila dia menjawab pertanyaan peminatnya dengan menggelarkan lelaki tersebut sebagai suaminya.



Melalui muatnaik gambar Instagram Zarina sebelum ini dengan bertudung litup, kemungkinan juga majlis pernikahan tersebut berlangsung ketika di pulang ke Ipoh baru-baru ini.

Zarina sebelum ini telah mengaku salah di mahkamah kerana memiliki dadah dan dalam beberapa muatnaik perkongsian gambarnya di Instagram turut menyatakan bahawa dia betul-betul mahu berubah di samping mahu menjadi isteri dan muslim yang lebih baik.

Jika benar apa yang dikhabarkan ini, tahniah kepada kami ucapkan dan semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.



VIDEO - "My husband in kain pelekat... hotness haha," tulis Zarina di Twitter



         ________________________




No comments: