Alhamdulillah! Dengan sekali lafaz... Marsha Milan Londoh kini sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.
Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Green Lane, Pulau Pinang.
Dalam majlis tersebut, Marsha telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 daripada Shaiful.
Terdahulu, Marsha mendedahkan yang beliau sudah memeluk agama Islam beberapa minggu lalu namun lokasi dan tarikh sebenar majlis pengislaman itu dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Marsha menjelaskan dia telah bertunang dengan bakal suaminya itu pada 14 Disember lalu di Sabah dalam satu majlis sederhana.
Difahamkan, pasangan ini sudah mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu.
Manakala bagi majlis resepsi pula, kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.
Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah.
/>
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment