25 December 2015

23 GAMBAR - ZAIM HELMI (HOS MHI) SELAMAT BERGELAR SUAMI NUR DAMIA



Sekitar majlis pernikahan pengacara MHI, Zaim Helmi Zaini, 29, dan pasangannya, Nur Damia Mohamed Nasir, 28, yang berlangsung hari ini di De Palma Hotel, Ampang.

Pasangan ini bernikah kira-kira pukul 10.53 pagi tadi dan dinikahkan oleh bapa Damia, Mohammed Nasir Mohamed.





Dalam majlis tersebut, Zaim menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

"Alhamdulillah, majlis pagi ini berjalan lancar walaupun secara keseluruhan saya sendiri menguruskan majlis ini disebabkan keluarga menetap di Brunei.

"InsyaAllah, saya cuba menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab kepada isteri. Tak sabar rasanya untuk hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu dengan lain.



"Paling penting, masing-masing kena sentiasa saling percaya, memahami dan bertolak ansur," ujar Zaim dipetik sebagai berkata.

Memilih busana rona putih, majlis itu dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada sanak saudara dan teman rapat.

Manakala bagi majlis persandingan mereka pula akan diadakan lusa di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam, berkonsepkan moden tradisional.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan, Mei lalu.













































         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...