06 December 2015

AL-FATIHAH - TUNKU ABDUL JALIL SULTAN IBRAHIM PULANG KE RAHMATULLAH



Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, yang sebelum ini mengidap kanser hati pulang ke Rahmatullah pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Menurut Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli, waktu ziarah bermula dari jam 9 pagi sehingga 11.30 pagi esok {Ahad), di Istana Besar Johor.





Almarhum Tunku Abdul Jalil akan dikebumikan di Makam DiRaja Jalan Mahmoodiah.

Untuk makluman, Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 5 Julai 1990 dan merupakan Tunku Laksamana Johor. Almarhum disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan pernah menjalani rawatan pemindahan hati di China.



Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Al-fatihah.


VIDEO ASTRO AWANI - Klik untuk tonton




         ________________________




No comments: