04 December 2015

DIDAKWA SUDAH PELUK ISLAM - MARSHA ENGGAN KOMEN, KUNCI MULUT



Jika sebelum ini rahsia penyanyi Stacy memeluk Islam terbongkar gara-gara gambar kandid seorang peminat di pejabat agama, terkini Marsha pula didakwa mengunci mulut sesudah memeluk Islam.

Ini kerana, bila ditanya media, Marsha enggan mengulas dakwaan tersebut dan memerlukan sedikit ruang agar hak privasinya dihormati.





"Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya. Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya melalui WhatsApp.

"Saya enggan berkongsi lebih lanjut mengenainya kerana mempercayai tiada siapa yang dapat memahami keadaan saya buat masa ini," tambahnya dipetik sebagai berkata melalui Kosmo.





         ________________________




No comments: