09 December 2015

GAMBAR - RITA RUDAINI KINI DILAMUN CINTA?



Menerusi laman Instagram Rita Rudaini, dia telah memuat naik gambar serta kapsyen 'Cinta datang tanpa di undang.... ermmm', 'The best things happen unexpectedly' dan 'My dream come true...' yang memberikan gambaran seolah-olah empunya diri sedang dilamun cinta.

Malah rata-rata pengikutnya, berkongsi kegembiraan serta mendoakan terbaik untuknya.





Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai Cik Ala, turut memberi komen yang mengesahkan lagi pelakon jelita itu sedang jatuh cinta.

"Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena adik kami ni. Nampaknya hati sedang berbunga-bunga," demikian komen ahli keluarganya itu.



Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rita berkata, buat masa sekarang dia masih belum sedia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini sedia berkongsinya apabila tiba masa sesuai nanti.

"Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap," jelas Rita.

Jika benar Rita kini sedang dilamun cinta... tahniah kami ucapkan!



Klik gambar untuk baca





Sumber: SH
Foto: Instagram Rita



         ________________________




No comments: