14 December 2015

GARA-GARA NABIL - JAMAL ABDILLAH DIKRITIK, DIDAKWA 'POYO'



Ibarat rumah siap pahat berbunyi!

Itulah yang berlaku di Gegar Vaganza 2 semalam apabila Datuk Jamal Abdillah 'sound' secara depan-depan pada Nabil Ahmad gara-gara lawaknya terhadap penyanyi itu. Tegur Jamal pada Nabil: "Saya dibayar mahal-mahal oleh Astro untuk jadi juri... bukan untuk jadi bahan lawak awak".

Berikutan itu, hari ini kecoh di laman sosial mendakwa sikap serius Jamal itu telah menjadikan GV2 'spoil' sedikit berbanding Datuk Ramli MS yang sporting. Malah Jamal didakwa bersikap sombong apabila tidak mempedulikan permohonan maaf Nabil padanya.





"Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat," ujar seorang peminat melalui laman sembang.

Manakala yang lain pula berkata: "Berlagak sangat kau kan Jamal. Cakap macam bagus... kami sekeluarga tak minat awak lagi lepas ni. Tengoklah contoh arwah Pak Yus... takda datuk apa pun tapi orang kenang budi baik arwah kat dunia dan tak sombong."

GAMBAR YANG DIMUAT NAIK DI LAMAN SEMBANG


"Bekas penagih or even penagih, memang begitu.. tersangat sensitif. Apa saja orang cakap, kena hati2. Macam saleem, jamal, jenis cepat sentap jenis dok berasa semua orang mengata nak tuju kat dia. Macam hari tu mati2 nafi dia menyanyi senget semua orang tau dia menyanyi senget, lagi dia nak nafi," ujar seorang forumer yang hanya mahu dikenali sebagai iscol_klang.

Waahhh... panas nampaknya telinga segelintir pihak bila Jamal bersuara.

Apapun, kami tak menyebelahi mana-mana pihak kerana mungkin juga Jamal sekadar bergurau dengan Nabil. Ya lah... asyik-asyik Nabil aja yang usik orang... sekali-sekala orang usik dia pulak.

Takkan itupun nak sentap? Heh.










         ________________________




No comments: